Isnin, 6 April 2015

Izreen Azminda Menyatakan Kesediaan Untuk Berhijab

Pelakon jelita Izreen Azminda yang sebelum ini dirundung gosip dan kontroversi menyatakan kesediaannya untuk berubah dari segi penampilannya iaitu dengan berhijab.


Izreen Azminda Bakal Berhijab, info, terkini, hiburan, sensasi, Izreen Azminda

Namun begitu, Izreen masih belum menggubah penampilannya secara keseluruhan disebabkan beliau perlukan sedkit masa lagi bagi proses menyesuaikan diri.

"Alhamdulillah, sebenarnya niat untuk berhijab itu sudah lama saya fikirkan. Kebetulan pula kini saya sedang menggalas watak Damia Farisha menerusi drama bersiri terbitan Zeel Production, "Eksperimen Cinta' yang memerlukan saya berhijab.

"BUat masa ini, saya selesa penampilan ini, malah bukan di set saja, keluar rumah pun saya cuba biasakan diri pakai pakaian menutup aurat.

"Namun, masih ada babak lakonan yang memerlukan saya membuka tudung lagi dan insyaAllah penghujung bulan ini, saya akan berhijab sepenuhnya. Doakan saya," katanya yang diipetik dari Sinar Harian.

Izreen dalam kenyataannya menjelaskan bahawa keptusan yang diambil ini bukanlah dipengaruhi oleh siapa-siapa tapi memang atas kehendak hatinya.

Dalam pada itu, Izreen juga berkata dia sudah bersedia jika tawaran berlakonnya kurang berikutan dia berhijab.
"Kalau saya tetap memikirkan megnenai tawaran lakonan, sampai bila-bila saya tidak dapat ubah penampilan ke arah lebih baik.

"Namun saya nekad dan percaya, semuanya bergantung pada rezeki Allah SWT. Kalau ada rezeki saya, adalah. Kalau tak ada, saya reda.

"Selepas ini saya juga tidak akan bergantung pada lakonan semata-mata. Mungkin saya akan usahakan cara lain untuk meneruskan kehidupan."
Tahniah baut Izreen kerana terdetik dihatinya untuk mengubah cara penampilan dan semoga dengan perubahan ini akan banyak lagi tawaran berlakon nanti.

Sumber : tupai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan